Assalamualaikum ...
Hari ini (16 Feb 2012)
Anak ummi Irsyad Hafizuddin masuk spelling competition...
BITTAUFIQ WANNAJAH :)
Kisah 10 Feb 2012 ...
Balik dari ambil anak2 daripada bbsitter,
macam biasa ke dapur nak buat ape yang patut,
Irsyad datang dr belakang, n cakap
"Abg tak ada homework hari ni, tapi ada ni (sambil tunjukkan satu kertas yang disorokkan di balakang)"
Dengan sekali imbas, ingatkan teacher minta dia hafal word di kertas tersebut,
"Owh, ok lah, nnti hafal n ummi tengokkan"
"Ok ummi" Irsyad
Tiba2 terfikir nak tengok semula.
"Bak kejap paper tu bang"
Bila tengok bali rupanya tertera di situ "SPELLING COMPETITION" date: 16 Feb 2012!
"Hah! Abg offer diri ker?"
Irsyad sengih2~~~ "I LOVE SPELLING!" ....hati saya menggeletar.
Berkata2 dalam hati, mampu ke anak ummi ni...?
Habis kerja2 di dapur n lepas kemaskan diri sendiri, saya menghadap Irsyad,
"Meh ummi tengok paper tadi.."
"Plz spell word ....." hinggalah cukup 100 perkataan saya soal...
Alhamdulillah hanya 18 perkataan sahaja yang dia agak ragu2 untuk mengeja.
Saya terkejut, tapi bersyukur... :)
Saya rasa bersalah coz tak yakin dengan kemampuan anak sendiri...
Sampai berkali-kali saya tanya "Abg boleh ke nie?"
Teruknya saya sebagai ibu...
Sepatutnya saya bagi keyakinan pada dia bukan mempersoalkan kemampuan dia...
Actually menang atau kalah bukanlah soalnya, kerana menang atau kalah,
ada something yang dia akan pelajari daripada pertandingan ini,
tapi yang paling saya tekankan adalah TANGGUNGJAWAB dia sebagai wakil kepada kelas.
Dia menggalas harapan satu kelas untuk dia menang.
Saya mengharapkan apa yang saya sampaikan Irsyad faham,
dan saya yakin dia faham apa harapan saya :)
Malam tadi sebelum Irsyad tidur..saya menyoal kesemua 100 perkataan yang perlu di hafal.
Alhamdulillah Irsyad berjaya menjawab kesemuanya... :)
Saya amat mementingkan, bukan setakat menghafal, Irsyad perlu faham setiap makna dan mengingati bukan setakat menghafal....
Dan yang positif tentang pertandingan ini, Irsyad dah pandai menggunakan kamus,
Alhamdulillah :) Seawal umur 7 tahun, dia dh mampu menggunakan kamus dengan baik...
Syukur....
Insyallah ummi yakin dengan kemampuan Abang... Ummi doakan yang terbaik buat anak ummi.. Insyaallah kejayaan milik abang....
UMMI SAYANG ANAK UMMI ~~~
No comments:
Post a Comment