Friday, December 4, 2009

Ape yg saya dapat dari story "Kisah isteri yang hilang cintanya"

Salam...

Saya suka dgn cerita yang di post baru2 ni...
"Kisah isteri yang hilang cintanya" ...
Terasa kene atas batang hidung sendiri... :)

Bukan mudah nak menghargai orang disekeliling kita...
Juga bukan mudah untuk diri dihargai oleh orang lain...

5 tahun menjadi isteri dan ibu
byk mengajar erti hidup ...
amat berbeza dari hidup masa bujang
bukan dari erti status
tapi pengertian dari segi tanggungjawab
n sebagainya...

Bila duduk ditempat 'anak'
banyak rasa tidak puas hati
dari menerima seadanya
ditempat 'isteri'
rasa sudah memberi sepenuh jiwa raga
tapi adakah dihargai?
ditempat 'ibu'
juga memberi sepenuh jiwa raga
rasa belas melebihi segalanya
tapi mungkinkah satu hari nnti
budi ini dibalasi
sekurangnya dihargai?

Bila diri menginjak dewasa
bukan semestinya matang itu datang dengan sendirinya
tanpa kewarasan
kematangan itu bagi saya
tetap juga tidak akan dicapai
biarlah setinggi mana ilmu didada ...
tanpa kewarasan semuanya tak bermakna ...

Bila menginjak usia
hati sentiasa rasa minta lebih dihargai
diingati ... disayangi ...

Bila diingati semula
sebelum sampai di 'level' ini
cukupkah diri ini menghargai?
mengingati?
menyayangi?

Pelik apabila sesorg itu
lebih mengijak dewasa
lebih banyak pertikaiannya
menidakkan yang hak
memalsukan yang hak ...
seperti mempertikaikan
'apa sumbangan ibunya kepada dirinya'?
hmmm......
Terfikir dimana logiknya soalan tersebut
Terutama sekali bila seseorg itu
telah menjadi isteri/suami
dan ibu/bapa ...

Bila berhadapan dengan situasi itu
Mengembalikan kewarasan fikiran
Terutama apabila diri sudah merasai
Hidup yang agak lengkap
sebagai ...
'anak' 'cucu' 'saudara' 'teman' 'isteri' 'menantu' 'ibu' ..... bakal 'nenek' :)
adilkah sekiranya kita asyik mempertikaikan insan diseliling kita
sebaliknya mengabaikan perlakuan n perbuatan kita pd orang lain?
Cukup peka kah kita pada perasaan org lain?
Hingakan mahukan org lain peka, prihatin n berikan segalanya pada kita?
Cukup sempurnakah diri kita untuk itu?

"Kisah isteri yang hilang cintanya" itu
Bukan sahaja sesuai digunapakai utk pasangan suami isteri
Tetapi pada ibuayah n anak2 ...
Sahabat n sahabat ...
dan semuanya .......

Belajar erti menghargai sebelum meminta untuk dihargai ....
Belajar untuk memberi sebelum menerima ...

Apepon ...
Bila ingat dosa, pahala
syurga, neraka
Insyaallah akan terbangun dari lena...
Insyaallah ... ;) ...
.... ini baru cerita antara 'manusia dgn manusia'
antara 'makhluk dgn penciptanya'? ;)



2 comments:

Si BiRu said...

salam... curi ayat sket... wat post kt fb... ngeh ngeh ngeh.... nway my dear... k.sue ble jd penarang novel la... sejak ade blog mencurah2 plak idea dia... kalah aku!!! wakakakaaa.... hahaha... pasni jgn lupa change kan temp kite ek... :p

umiecuie said...

w'salam...iye hunny...
Tq2...sharing is caring ... :)