Sentuhan adalah komunikasi di awal kelahiran bayi. Kajian yang telah dilakukan mengenai perkembangan bayi seluruh dunia mendapati kuasa sentuhan memberikan kesan positif kepada bayi.
Bayi yang baru lahir mampu merasa sentuhan daripada ibu dan ayahnya. Sentuhan yang dilakukan dengan kasih sayang dapat menenangkan bayi yang berada dalam keadaan yang tidak selesa.
Ketika baru lahir, tangannya sentiasa dalam keadaan seperti menggenggam sesuatu dan bayi sentiasa menggerakkan anggota badannya seperti tangan dan kaki. Bayi juga akan bertindak balas apabila disentuh dan diagah oleh ibubapanya.
Peluk, dukung dan mangurut bayi merupakan satu cara untuk meransang deria sentuhan. Jangan tinggalkan bayi terlalu lama bersendirian kerana ini akan menghalang bayi dari mendapat ransangan sentuhan.
Sentuhan membuatkan bayi merasa dirinya selamat dan dilindungi oleh kedua ibubapanya. Pegang dan belailah tangannya. Kemudian sentuh pada bahagian belakangnya. Sentuhan ini akan membuatkan bayi berasa selesa.
Bagi bayi pramatang pula, sentuhan adalah terapi baginya. Ia adalah keperluan untuk menambahkan berat badannya dan juga mengurangkan tekanan kesakitan yang dialami bayi. Sekali gus mampu memberikan kesihatan yang baik kepada bayi ini.
Sebelum bayi dapat melihat dengan jelas, melalui sentuhan bayi belajar tentang dunia persekitarannya, emosi dan fizikal. Bahkan kelembutan barang permainan pertamanya!
SUMBER: Pa&Ma
No comments:
Post a Comment