Thursday, October 15, 2009

APC

Apakah APC itu? ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ..

Cemerlangkah sy?
Penilaian diri sendiri?
Penilaian sahabat2 sejawat?

Pada mulanya terkejut...tipulah kalau kata tak seronok sbb dapat $$$ kan...Tapi bila difikirkan...Layakkah aku? n mungkinkah ada yang mencebik...'patut ke dia yg dapat? aku rs aku lebih layak dari dia! Aku lebih banyak buat kerja dari dia!' ... Dimanakah kewajaran persoalan itu?

Kemungkinan saya memang tidak layak, sbb sy sendiri merasakan sy masih belum mencapai tahap kepuasan dalam bekerja yg saya impikan..n akhir2 ini pula sy rs keGILAan untuk sy bekerja semakin menurun...dan ini mengakibatkan saya rs lagi tidak layak untuk menerima anugerah ini...

Sy sememangnya mengimpikan penganugerahan ini, bukan sbb untuk berbangga kerana menunjukkan kononnya TERAMAT rajin bekerja..tetapi utk keseronokan n untuk menaikkan lagi rs semangat ingin bekerja ... tetapi lebih sy berbesar hati sekiranya insan2 disekeliling saya turut gembira dan sama berbesar hati...bukan jadikan penganugerahan ini satu platform sebagai satu persaingan yang tidak sihat, atau merenggangkan UKHUWAH (mungkin kerana cemburu) atau menjadikan ini sebagai point utk dijadikan gosip kerana SAYA TIDAK LAYAK... Sebaliknya yang akan terjadi kepada diri saya apabila perkara2 -ve ini berlaku ... rs malas nak kerja bermaharaja dalam diri...mungkin terasa malu dan rs rendah diri bertapak dalam hati..MUNGKIN....

Penilaian adalah pada ketua...Kenapa saya dipilih? Saya pun tidak pasti...Yang saya pasti, saya cuba buat yang terbaik, yang termampu setiap kali saya diberikan apa jua task...Saya tak mengharapkan penilaian yg baik dari sesiapa cuma cukuplah sekadar menghargai dan JANGAN MEMBENARKAN segala kesilapan saya sekiranya terdapat kepincangan dalam tugas saya...

Ada baiknya apabila kita diberikan hati untuk BERKATA-KATA ... Biarkan hati berbicara sendiri..bermuhasabah..supaya lebih mengenali diri dan yang lebih perlu MENJAGA DIRI ... Bicara LIDAH lebih kepada dusta .. tetapi .. TIDAK kepada bicara HATI ... Seringkali sy berdoa agar dikurniakan hati yg SUCI, moga hati ini dapat menunjukkan diri ke arah jalan yang di REHAI dan DIBERKATI - NYA ... juga memudahkan perjalanan di DUNIA & AKHIRAT ...

Persoalannya sekarang, +ve atau -ve kah yang saya peroleh dari penganugerahan ini...?


No comments: