Monday, March 5, 2012

Muhasabah diri hari ini :) 2

Biarlah orang mengata kita, jangan kita mengata
Biarlah orang mengfitnah, jangan kita melakukannya
Biarlah orang menzalimi kita, kita maafkan saja
Biarlah orang mencaci kita, doakan petunjuk buat mereka

Bercakaplah yang memberi faedah, atau diam lebih baik
Kenangkanlah budi orang, lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang, lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang, lupakan kejahatannya

Alangkah baiknya, balas kejahatan orang dengan kebaikan.

..........................................

Apa jenis dosa nak digambarkan apabila si fulan berbuat dosa, lalu si fulan yang lain menunjukkan bukti perbuatan dosa (aib) si fulan yang pertama tadi kepada rakan-rakannya. Lalu rakan-rakannya memaki-maki si fulan yang pertama tadi. Bukankah mereka serupa sahaja? Mengapa tidak disembunyikan aibnya, dinasihatinya cara baik dan mendoakan moga terbuka hatinya untuk bertaubat?

..........................................

Tak payah susah hati dan bimbang apa tanggapan orang terhadap kita... manusia kan suka mengata. Orang yang dah mati pun masih dikata. Macam mana nak minta maaf pada si mati?
*Paling penting... apa tanggapan Allah terhadap kita...
di akhirat nanti, boleh tuntut pahala drpd si mulut jahat untuk menampung kekurangan pada hari penuh huru-hara...

...........................................

buat baik pun orang kata...
buat jahat lagilah orang mengata...
tak buat apa pun pasti diperkatakan...
sudah mati pun orang masih memperkatakan...
selagi manusia belum hilang kata-kata...
selagi itulah ada sahaja permainan kata...
*Tunggu sahaja kata Allah pada hari semua saksi akan berkata-kata*

...........................................

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang ...menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya." (Surah Ali-'Imran 3:118)

...........................................

Jangan terlalu resah & gundah dengan turun naiknya prestasi kehidupanmu, kerana kehidupan ini adalah ibarat lakaran dengupan jantung yang turun naik. Ia perkara tabi'i yang normal bertepatan dengan firman Allah yang mengarahkan kita terus berusaha, bermuhasabah & tawakkal.

...........................................

Lidah itu sangat hampir dgn hati.
Apa yg disebut di lidah akan masuk ke dalam hati.
Banyakkan menyebut Allah, nescaya kebesaran Allah akan masuk ke dalam hati. Bila kebesaran Allah bertahta di hati,
insyaAllah mudahlah untuk menyebut kalimah Laailaahaillallah di akhir kalam nanti.

...........................................

Mari belajar-belajar FIKIR dan CAKAP tentang kebesaran Allah setiap masa.

Masa basuh pinggan.."Sabun tak boleh tanggalkan kotoran. Yg boleh hilangkan minyak-minyak atas pinggan ni,hanyalah ALLAH"

Masa masak.. "Garam, gula, serbuk perasa semua takde kuasa. Allah sahaja yg boleh sedapkan makanan ni"

Masa makan.."Nasi, ikan, ayam ini semua datang dari Allah. Yang bagi makan, bukan duit gaji..bukan duit bisnes..Yg bagi makan adalah Allah..Yg bagi kenyang pun Allah"

ALLAH ALLAH ALLAH
LAAILAAHAILLALLAH :)

........................................

~✿>> Tidak mudah tersenyum ketika hati MENANGIS dan TERHIRIS..tapi akan terasa indah ketika kita menyedari itu sebahagian dari kasih Ilahi agar Allah memindahkan KEBAIKAN-KEBAIKAN orang yang menyakiti kita..

TIDAK MUDAH diri untuk bangkit dalam KEKECEWAAN..tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cintaNya agar kita terus KUAT dan TABAH..

p/s : Tidak mudah memaafkan ketika kita DIBENCI dan DIHINA tapi ketahuilah dengan KEMAAFAN itu, hati akan menjadi lebih ikhlas untuk mengharap REDHA Ilahi..♥♥

........................................

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
[Al-Hujuraat : 6]

No comments: