salam..
Hari ni hari pertama bekerja dalam 2010 :)
Sbnrnya tengah fenin berfikir fasal kerja..
Mcm mana nk bagi kerja kemas n mudah diselenggarakan pada hari2 depan
n mudah org lain nk handle in case saya tak ada di ofis ... hm...
Jadi kite berehat sebentar :)
(tak baik betul...! heheh...)
semalam cuti.
hantar irsyad (si sulong) ke sekolah...
abahnya yang rajin sgt nk amik cuti
risau anak meragam katanya
betul juga (kalau difikirkan sekali)
dia bukan masuk sek yang baru pon... (fikir kali yg ke dua)
apepon dah cuti pon...
bila difikir2kan semula,
perlu juga
untuk 1st day ke sekolah
kami hantar anak ke pintu sekolah
mungkin dapat bagi semangat pada anak
mungkin anak akan lebih rasa dihargai
mungkin anak rasa disayangi
mungkin anak akan rasa dirinya tidak dipinggirkan
n mungkin...mungkin..mungkin...
apepon ... moga semuanya ke arah yg positif..
amin...
risau dengan anak yang sulong nie
iyelah...bila dah ade adik2
(macam ramai jer anak..but lebih dari 2 dah dikira jama' lah tu :))
takut dia rasa kami dah tak sayang dia
padahal
dia lah harapan kami..
rasa risau timbul bila kami semakin tegas dengannya
serba serbi perangai irsayd kami nk yang perfect
sedar...sepatutnya kami tak buat begitu..
tapi antara sedar atau tidak
itulah yang kami lakukan ...
bila ada KESEDARAN tu ..
saya cuba ubah cara didikan pada irsyad
dari cara yang agak keras dah tegas
kepada yang lembut, tegas dan lebih bertoleransi
agak sukar juga sebenarnya
coz adakalanya mungkin dia rasa saya
memanjakannya
(padahal dalam hai, menahan rasa jer....)
dan adakalanya mulut yang terlalu JUJUR
dan tangan yang terlalu RINGAN ni
mudah sangat mengAPLIKASIkan diri...
yang penting, saya cuba n terus cuba
bila mencuba
tetap akan ada hasilnya, insyaallah...
bila saya lebih bersikap yang positif
lebih banyak peningkatan pada irsyad yang saya nampak
dia berani
lebih terbuka apabila dah buat salah
means lebih terbuka untuk menerima teguran
(wpun dalam keadaan yang adakalanya protes)
lebih rapat dengan saya..
agak sukar untuk dia hormat adakalanya
tapi bila diingati n yang paling penting
dia mampu menerima
n yang saya nampak
dia lebih semangat untuk merubah diri
dari segi akademik
n cuba sikit2 dari segi sahsiah
bagi saya
untuk dapat hasil yang totally kita berpuas hati memang susah
kena ada rasa menerima dengan hati yang terbuka
yang penting
tak jemu memberi
tambahan lagi
kita kena sedar akan realitinya
bahawa DIA
masih seorg kanak2
yang perlu diberi perhatian, bimbingan n asuhan dari kita
dari pengalaman, pengamatan, pembacaan
mendidik anak zaman sekarang
kaedah me'rotan'
bagi mereka adalah kekerasan
mungkin boleh dipraktikkan sekali-sekala
tapi bukan setiap masa/selalu,
saya cuba teliti perbezaaan sikap anak saya
apabila
saya menegur
dan
merotan
amat berbeza ...
menegur dengan cara yang berhikmah dengan diiringi kata2
positif beserta kata yang berunsur doa
insyaallah memberi kesan yang positif...
merotan dengan bercampur tohmahan or mungkin dengan kata2
yang kesat, memang memberi impak negatif pada emosi anak...
itu pada pengamatan n pengalaman sayalah...
tapi setiap anak ada perbezaan feed back nya...
mungkin juga cara merotan or hukuman seperti yang
org tua2 kita lakukan pada kita tidak sesuai di zaman sekarang
berpunca pada diri kita...
Mungkin orang tua dulu2 lebih IKHLAS dalam PENGAJARAN yang begini
MUNGKIN.. :)
Dengan perbezaan situasi n tekanan semasa...
dengan parents sekarang yang bz dgn kerjaya n masa yang seringkali suntuk,
bila merotan, mungkin lebih cenderung kepada melepaskan emosi
mungkin bukan kerana ingin mendidik
mungkinlah asalnya ingin mendidik, tapi lebih kepada emosi marah
n kecewa dengan sikap anak...
secara tidak sedar, apa yang kita fikirkan juga adalah salah satu dari doa
sekiranya semasa memukul kita fikirkan
'jahatlah kamu ni' 'anak tak kenang budi'
rasa2nya, apa impaknya ya?
berkata melalui pengalaman
saya sendiri rasa susah
apabila sedang MENGAJAR anak
betul2 niat dihati untuk kebaikan mereka
mmg ssh...
m..apepon
mana2 kaedah pon
bagi saya niat penting
tapi bagi sayalah
walaupun niat baik
tapi kata2 kita tak baik
rasanya tetap tak mendapat hasil yang positif
kata2 tu lahir dari hati
fikiran yang menafsirkan kata2
n disampaikan melalui suara..
berbeza NIAT yang betul disampaikan dari hati
dengan "saya mmg NIAT untuk kebaikan dia"
maksudnya hanya dari segi kata2/perkataan...
bagi saya memang beza...
tu lah...adakalanya saya pelik juga
bila ada org berkata
"dia tu mulut je jahat, tapi hatinya baik"
macam mana tu ya?
Sama2lah kita fikir n renungkan :)
No comments:
Post a Comment