Friday, November 13, 2009

Buat Adikku BALQIS ...

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Jesteru itu isteri hanyalah
Wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita
Manjadi solehah, Pernikahan
Ataupun perkahwinan
Mengajar kita kewajipan bersama
Menginsafkan kita perlunya
Iman dan Taqwa
Untuk belajar meniti
Sabar dan Redha
Kerana memiliki isteri yang
Tidak sehebat mana
Jesteru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W
Pun bukanlah
Saidina Ali Karamallahu Wajhah
Cuma...Suami akhir zaman
Yang berusaha menjadi soleh ...


::..Tahniah buat adikku..BalQiS..Semoga hari depanMu penuh dengan keceriaan, kegembiraan...dan yang utama..semoga kalian sentiasa dilindungi, dirahmati dan dikasihi-NYA... SELAMAT MENEMPUHI ALAM PERKAHWINAN .. moga jodoh kalian berkekalan sehingga ke hujung nyawa...dan...moga kasih sayang kalian berkekalan hingga ke SYURGA...


No comments: